Penguasaan Bahasa Inggeris / Pemantapan Dasar / Baikpulih Sekolah

JJawab soalan mediaawapan kepada soalan pihak media tadi tentang pemantapan penguasaan bahasa Inggeris, perubahan dasar dan baik pulih infrastruktur sekolah di negeri Sarawak.

1. Semua pihak bersetuju bahawa kita perlu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris terutama pada generasi muda untuk bersaing dengan lebih kompetatif dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam Malaysia, bahkan di peringkat antarabangsa. Bukan sahaja bahasa Inggeris, malah penguasaan pelbagai bahasa adalah penting untuk bersaing dalam pelbagai bidang. Lantaran itu, tidak timbul masalah jika semua peringkat kepimpinan mengambil inisiatif melalui pelbagai kaedah untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan masyarakat, termasuk di Sarawak. Malah pihak KPM menyokong setiap usaha tersebut.

2. Tiada perubahan dasar berkaitan pengukuhan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi pihak KPM akan melaksanakan inisiatif berbentuk program iaitu Dual Language Program (DLP) atau Program Dwi-Bahasa bermula pada tahun hadapan yang melibatkan subjek Sains, Matematik dan subjek kemahiran. Sebanyak lebih kurang 300 buah sekolah terlibat di seluruh negara. Program ini hanya akan dilaksanakan jika pihak sekolah dan PIBG sudah bersetuju serta bersedia untuk melaksanakannya.

3. Berkenaan dengan penyelenggaraan sekolah-sekolah yang mengalami kerosakan di negeri Sarawak, pihak KPM dan JPN Sarawak sudah mendapat senarai sekolah yang perlu perhatian segera dan baik pulih sudah pun bermula. Walaupun begitu, kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan ini perlu mendapat kelulusan pihak JKR terlebih dahulu. Peruntukan yang sudah diperolehi untuk kerja-kerja penyelengaraan ini adalah berjumlah kira-kira RM86 juta.

Respon di sini.

This post has already been read 93 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram