Bilik Darjah pasang siap- atasi masalah kesesakan pelajar dalam kelas.

1 Dis 2015: Tengah hari tadi saya bersama Dato’ Sri Dr Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Datin Hajjah Azuyah Hassan meninjau salah sebuah sekolah iaitu SK Tunku Abdul Rahman, yang sudah siap pembinaan 4 bilik darjah baru berkonsepkan pasang siap untuk kegunaan sementara dan kekal.

Walaupun berkonsepkan pasang siap, pihak KPM yakin dengan pertauliahan kualiti binaan. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah yang mengalami isu kekurangan kelas kerana bilangan pelajar yang ramai. Binaan pasang siap ini akan mula digunakan pada sesi persekolahan 2016 di seluruh negara bagi sekolah yang telah dikenalpasti sebelum ini.

Jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas boleh menjejaskan tumpuan guru dalam aspek kawalan anak murid & sesi pembelajaran yang dijalankan. Secara tidak langsung, salah satu aspek bebanan guru juga dapat dikurangkan.

This post has already been read 67 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram