Sekolah Bantuan Kerajaan tidak dipinggirkan.

18 Dis 2015: Terima Kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau dengan mengumumkan peruntukan bantuan penyelenggaraan Sekolah Bantuan Kerajaan dalam Bajet 2015 yang lalu.
Sebanyak 1892 buah sekolah Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia menerima peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM225 juta daripada KPM. Pecahan penerimaan adalah seperti berikut iaitu SJKC, SJKT, Sekolah Mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan masing-masing menerima RM50 juta. Sementara itu, SM Jenis Kebangsaan atau “Conforming Schools” mendapat RM25juta. Peruntukan ini disalurkan menerusi “outright grants” secara terus kepada Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dimaksudkan adalah penyelenggaraan kecil bangunan sekolah, naiktaraf/ubahsuai kecil, pendawaian elektrik dan pembasmian anai-anai.
Setakat ini saya berbangga dengan pencapaian akademik dan ko-kurikulm para pelajar Sekolah Bantuan Kerajaan. Usaha ini diyakini dapat membantu peningkatan prestasi para pelajar dengan menyediakan ruang pembelajaran yang selamat dan lebih kondusif.

SJKC,SJKT,SABK,Sek. Mubaligh&SMJK terima peruntukan selenggara “outright grants” RM225j.Jum 1892 sekolah. Terima kasih @najibrazak

Bantuan selenggara sekolah sedia ruang belajar selamat & kondusif. Jayakan transformasi pendidikan.

Lembaga Pengelola Sekolah(LPS) diminta sedia laporan perlaksanaan projek secara bulanan. Mudah utk KPM pantau.

Bangga dengan pencapaian pelajar Sekolah Bantuan Kerajaan. Kerajaan melalui KPM akan terus salur bantuan.

This post has already been read 62 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Comments

comments