Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Penyampaian Bantuan UMNO Bahagian Jempol.

9 Januari 2016: Menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Keperluan Sekolah dan Anugerah Cemerlang anjuran UMNO Bahagian Jempol & Yayasan Pelajaran & Kebajikan Jempol (YPKJ). Dalam majlis tersebut juga, saya menyaksikan penyampaian replika cek sumbangan oleh syarikat Espek Risda Sdn Bhd kepada Pelajar PT3, Pelajar UPSR dan kepada pelajar yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan Parlimen Jempol. Sumbangan pihak korporat ini sedikit-sebanyak akan membantu usaha pihak kerajaan amnya dan keluarga berpendapatan rendah khususnya, dalam persekolahan anak-anak murid terutama di kawasan luar bandar. Di akhir majlis tersebut saya berkesempatan merasmikan van komuniti YPKJ untuk keperluan penduduk tempatan. Inisiatif yang diusahakan YPKJ ini sewajarnya dijadikan contoh terbaik oleh persatuan, pertubuhan dan yayasan kebajikan yang lain.

Galeri foto dari awal hingga akhir majlis.

This post has already been read 143 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Comments

comments