Pengiktirafan kepada pelajar dan keluarga.

11 Januari 2016: 190 pelajar yang mendapat 4A dan 5A dalam UPSR mendapat sumbangan hari ini di Padang Terap. Setiap tahun kita mengadakan majlis anugerah cemerlang baik dalam UPSR, SPM, STPM bagi menghargai usaha para pelajar kita. Untuk PT3 juga kita perlu memikirkan kaedah yang sesuai.

Anugerah kecemerlangan begini adalah satu pengiktirafan kepada pelajar dan keluarga mereka yang telah berusaha dan memberi sokongan yang berterusan.

Bagi pihak KPM pula, pengiktirafan dilanjutkan kepada tawaran kepada para pelajar yang cemerlang ini untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah lain seperti sekolah berasrama penuh dan seumpamanya. Melalui kaedah ini, kualiti pendidikan itu sendiri ditingkatkan.

This post has already been read 139 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Comments

comments