Perasmian SJKT Jalan Paya Besar, Kulim Kedah

image

5 Febuari 2016; Hari ini berlangsungnya Perasmian SJK (T) Jalan Paya Besar, Kulim Kedah oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Fakta sekolah;
* 18 September 2012 pembinaan sekolah dimulakan di atas tapak seluas 2.99 ekar dengan belanja lebih daripada RM13 juta.
* 18 bulan kemudian, pada 18 Ogos 2014, pembinaan sekolah telah disiapkan dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
* 1 Mac 2015, SJKT Jalan Paya Besar telah beroperasi sepenuhnya merangkumi 12 bilik darjah dalam satu sesi, 21 buah bilik khas serta kelas prasekolah dengan tenaga pengajar seramai 18 orang guru dan 2 orang staf sokongan.
* Pada 2015, 349 orang murid belajar di sekolah ini dan meningkat kepada 450 orang pada 2016 termasuk prasekolah.
~ Sudah menjadi amanah dan tanggungjawab KPM untuk berusaha memastikan pembinaan sebuah sekolah yang selesa dan kondusif seperti ini untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih sempurna. Saya yakin, murid-murid dari sekolah ini akan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik dan ko-kurikulum untuk mencapai prestasi yang membanggakan.~

This post has already been read 328 times!

facebooktwittergoogle_plus
facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram