Ijazah Kehormat Doktor Falsafah ( Pendidikan ) Cyberjaya University College of Medical Sciences

21 Mac 2016: Pada hari ini saya amat berbesar hati kerana dikurniakan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah ( Pendidikan) daripada Cyberjaya University College of Medical Sciences. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah merangkap Tunku Canselor Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Majlis telah berlangsung di The Royal Chulan Damansara, Petaling Jaya Selangor.

Bagi saya, anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada usaha semua pihak dalam Kementerian Pendidikan Malaysia selama ini dalam mendukung dan menjayakan Falsafah Pendidikan Negara.

This post has already been read 86 times!

facebooktwittergoogle_plus
facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram