Peruntukan Khas SBK – SJKC

  • Pada tahun 2016 untuk seluruh negara, jumlah peruntukan bagi Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) SJKC adalah sebanyak RM50 juta, di mana sejumlah 846 buah sekolah layak untuk memohon bantuan kewangan. Namun begitu, 7 buah sekolah yang layak tidak mengemukakan permohonan kerana tiada projek penyelenggaran, manakala 5 buah sekolah yang masih dalam proses penempatan semula terkecuali daripada senarai calon penerima.
  • Pihak kerajaan ingin berterima kasih kepada sekolah-sekolah yang tidak mengemukakan permohonan untuk peruntukan kerana ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain yang lebih memerlukan dana penyelenggaraan ini.
  • Sejak tahun 2010 hingga 2016, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM440.3 juta kepada SBK SJKC untuk tujuan penyelenggaraan. Ini membolehkan keadaan infrastruktur SJKC telah bertambah baik sejak peruntukan khas ini disalurkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
  • Pada tahun 2017 pula, kerajaan pusat bersedia untuk memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada SJKC seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan Belanjawan 2017.
  • Pihak kerajaan amat menghargai usaha Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dalam pemuliharaan prasarana fizikal sekolah. LPS merupakan rakan sekerja KPM yang memberikan sumbangan yang tidak terhingga. Dengan pengurusan dana yang amat teliti dan menyeluruh, barulah projek-projek penyelenggaraan sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
  • Pihak kerajaan amat komited dalam pembangunan pendidikan vernakular dan akan terus berusaha untuk memastikan tiada SBK, khususnya SJKC yang terabai.
  • Jangan sesekali kita membenarkan pihak-pihak tertentu memainkan helah politik dalam lingkungan sekolah yang seharusnya merupakan suatu institusi yang memegang misi utama dalam mendidik anak-anak kita.
  • Saya amat yakin bahawa dengan kerjasama rapat antara pihak kerajaan, para pendidik, LPS dan para ibu bapa, masa hadapan anak-anak kita adalah amat cerah dan semestinya generasi muda ini akan meneruskan perjuangan dalam menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

@MahdzirKhalid -16 Mac 2017

This post has already been read 78 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Comments

comments