Sekolah Berasrama Penuh Padang Terap Kedah

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Pecah Tanah Sekolah Berasrama Penuh Padang Terap, Kedah. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang begitu bermakna bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana berjaya merealisasikan hasrat pembinaan SBP Padang Terap dan membangunkan sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan ini yang mempunyai fasiliti lengkap dan terkini.

KPM amat peka dan berusaha memenuhi keperluan mendesak untuk pembinaan sekolah berasrama penuh yang baharu demi mengatasi jurang  perbezaan akademik antara bandar dan luar bandar serta mengurangkan penghijrahan pelajar cemerlang luar bandar ke bandar. Selain itu, pembinaan SBP Padang Terap ini juga dapat menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran dengan suasana dan keadaan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif. Hasrat Kementerian Pendidikan adalah untuk membina sebuah sekolah berasrama penuh dengan konsep terkini dan kemudahan yang serba canggih seperti konsep 21st century classroom.

MAKLUMAT SEKOLAH BERASRAMA PADANG TERAP

SBP Padang Terap akan dilengkapi dengan semua kemudahan seperti berikut :

BIL PERKARA MAKLUMAT
1. Keluasan Tanah 24.21 ekar (sedia ada)

16 ekar (sedang buat pengambilan tanah)

2. Pemilik Tanah Pesuruhjaya
Tanah Persekutuan
3. Bilangan Bilik Darjah 30 BD
4. Blok Asrama 750 orang pelajar
5 Rumah Kediaman Pengetua dan Warden Ada
6 Blok Pentadbiran

(Bilik Guru, Bilik Guru Besar, Bilik Mesyuarat dan Tandas)

Ada
7 Lain-lain kemudahan

Kantin

Makmal sains dan ICT

Dewan serbaguna

Perabot dan alat bantu mengajar (ABM)

Gelanggang serbaguna

Pondok Pengawal

Tempat letak kereta

Ada

Selain konsep bilik darjah abad ke-21 dalam pembinaan sekolah ini, KPM akan menyediakan kelengkapan sebuah bilik asrama bagi setiap 4 orang pelajar dengan attached bathroom dan tidak lagi kekal dengan konsep dormetary dan sharing bathroom seperti lain-lain SBP sebelum ini. Ini kerana KPM peka tentang keselesaan setiap pelajar dan memberi ingin kepercayaan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.

KPM juga sedang dalam proses membuat pengambilan tapak tambahan bagi sekolah ini yang berkeluasan 16 ekar demi memberi persekitaran yang serba sempurna dan sesuai untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama. Dengan keluasan tambahan tersebut maka lebih banyak ruang-ruang rekreasi dapat diwujudkan. Ia juga adalah bagi kegunaan pembangunan akan datang sekiranya diperlukan kelak.

 

Projek pembinaan sekolah ini bakal dilaksanakan secara kerjasama awam swasta (Public Private Partnership) atau PPP melalui kaedah tukaran tanah atau landswap selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mempergiat pelibatan pihak swasta dalam aktiviti pembangunan. Projek ini merupakan projek secara landswap bagi syarikat yang akan diperakukan kelak. Semua kos pembinaan akan ditanggung oleh syarikat seperti mana yang akan dipersetujui. Anggaran kos pembinaan SBP Padang Terap adalah RM180 juta. Pasukan teknikal KPM akan memastikan skop terbaik dan lengkap bagi pembinaan sekolah ini.

Kesempatan ini, saya menyeru kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia supaya sentiasa memberi komitmen tinggi selain agensi Kerajaan yang berkaitan dengan sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan inisiatif Kerajaan, maka bersama-samalah kita menjayakan pelaksanaan SBP Padang Terap, Kedah. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan yang tuan-tuan dan puan-puan berikan. Sesungguhnya saya amat berbangga atas usaha gigih semua pihak yang bekerja tanpa mengira masa dan tenaga demi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jaya. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT jua hendaknya.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Pecah Tanah SBP Padang Terap, Kedah.

This post has already been read 694 times!

Facebooktwittergoogle_plus
Facebooktwittergoogle_plusyoutubeinstagram

Comments

comments