PILIHAN RAYA UMUM KE 14: PENYAMBUNG KEGEMILANGAN NEGARA

PILIHAN RAYA UMUM KE 14: PENYAMBUNG KEGEMILANGAN NEGARA Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana proses penamaan calon yang berlangsung pada 28 April 2018 yang lalu dapat dilaksanakan dengan lancar.   Di kawasan Parlimen Padang Terap, saya bersama-sama Dato’ Badrol Hisham Hashim di DUN Kuala Nerang dan Pn Kama Noriah Ibrahim bagi DUN Pedu akan[…]

Sekolah Berasrama Penuh Padang Terap Kedah

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Pecah Tanah Sekolah Berasrama Penuh Padang Terap, Kedah. Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang begitu bermakna bagi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana berjaya merealisasikan hasrat pembinaan SBP Padang Terap dan membangunkan sebuah sekolah berasrama[…]

Masa Hadapan Negara Di Tangan Kita

Pelbagai peristiwa penting yang berlaku sejak kali terakhir saya menulis mengenai pentingnya pelibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak pada bulan Mac yang lalu, secara peribadi dan juga profesional.  Setelah tiga tahun diamanahkan untuk menjadi Menteri Pendidikan, 29 Mac 2018 merupakan tarikh yang amat istimewa apabila buku biografi saya – ‘Semua Kita Serupa’ terbitan Institut Terjemahan[…]

Pendidikan: Tanggungjawab bersama.

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT – PENDIDIKAN TANGGUNGJAWAB SEMUA Tugas sebagai Menteri Pendidikan membawa saya ke segenap ceruk rantau di negara ini dan memberi peluang kepada saya berinteraksi dengan ramai ibu bapa murid dalam pelbagai program termasuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan penyampaian bantuan persekolahan kepada murid.  Awal Mac saya mengadakan lawatan kerja ke Labuan dan Sabah[…]

Pasca SPM dan STPM: kunci kepada begitu banyak ‘pintu’ yang membawa kepada pelbagai peluang.

Syabas dan tahniah! Belum terlambat untuk saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang telah memperoleh keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 6 Mac 2018 dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada 15 Mac 2018.  Tidak kira apa pun keputusan yang diperolehi, saya percaya setiap murid yang mengambil peperiksaan tersebut telah berusaha sebaik mungkin berdasarkan[…]

PEMBANGUNAN NILAI DAN SAHSIAH – SATU USAHA BERSEPADU

PEMBANGUNAN NILAI DAN SAHSIAH – SATU USAHA BERSEPADU Sesungguhnya saya amat terkesan dengan pelbagai kes penderaan yang dipaparkan melalui media kebelakangan ini, terutama apabila mangsanya adalah anak-anak kecil yang tidak berdosa.  Saya tertanya dalam diri – di manakah letaknya nilai kemanusiaan dalam kehidupan? Adakah kita terlalu tertekan dengan tuntutan kehidupan maka kita tidak lagi memikirkan[…]

Perasmian Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu

Sebagaimana yang kita sedia maklum, KOLEJ TINGKATAN ENAM, HULU TERENGGANU ini nama asalnya ialah SMK Kuala Berang  yang dibina di Lot PT 7274, Mukim Tanggol, Hulu Terengganu. Difahamkan, kerja-kerja pemilikan tapak bermula bulan September 2008 dan  pembinaan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2016. Ianya telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan April 2016[…]

Bantuan Persekolahan KPM 2018: Memanfaatkan golongan sasar.

Majlis yang diadakan ini membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin lagi cakna kepada kebajikan rakyat terutama kepada kumpulan kanak-kanak yang berada di bangku persekolahan. Isu ekonomi global tidak pernah menghalang kita untuk melaksanakan semua janji-janji kita kepada rakyat termasuk pengagihan bantuan kepada murid-murid yang memerlukan. Dalam Bajet 2018,[…]

SMK Serada, Kuala Terengganu; Akses dan Ekuiti Pendidikan.

MENINGKATKAN AKSES DAN EKUITI PENDIDIKAN: MAJLIS PECAH TANAH SMK SERADA, KUALA TERENGGANU, 8 Februari 2018 Sebagaimana yang kita sedia maklum, pendidikan adalah keutamaan Kerajaan Malaysia. Pertambahan penduduk menyebabkan sekolah-sekolah baru perlu dibina. Saya difahamkan murid-murid di kawasan ini terpaksa bersekolah di SMK Padang Midin dengan jarak 5 km, SMK Seri Nilam (6 km), SMK Tun[…]

Pejabat Pendidikan Daerah Marang, Terengganu; Pelaburan Pendidikan.

Setelah lebih 30 tahun, atas usaha gigih semua pihak, Pejabat Pendidikan Daerah Marang bakal memperolehi bangunannya sendiri di atas sebidang tanah seluas 30,000 meter persegi (3 hektar) yang akan menempatkan bangunan dua tingkat yang mana mampu menempatkan 75 kakitangan dan lain-lain kemudahan. Sesungguhnya pelaburan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Malaysia demi  memastikan kesinambungan tamadun bangsa.[…]