Langkah seterusnya sudah bermula;SPM/STPM 2017

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Peperiksaan SPM 2017 akan bermula pada Isnin, 6 November 2017 sehingga 4 Disember 2017. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua 443,883 orang calon yang bakal menduduki peperiksaan bertulis tersebut. Saya yakin anda semua telah berusaha gigih selama ini dengan sokongan serta bantuan[…]

Kelestarian Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21

~Sebagaimana kata-kata Saidina Ali Ibn Abi Talib R.A ; “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”~ ~Pada ketika ini, kita berada di ambang revolusi teknologi yang pada asasnya telah dan sentiasa mengubah cara hidup kita, cara kita bekerja, sama ada dari segi skala, skop dan kerumitan serta transformasi[…]

Menjadi Guru Malaysia

“Menjadi Guru Malaysia” ini sangat signifikan bahawa guru merupakan faktor paling penting dalam mencapai keberhasilan murid di sekolah.  Oleh itu, guru seharusnya menjadi pemimpin, pakar rujuk dan menjadi rakan pembimbing bagi memastikan kemenjadian murid. Untuk berjaya, jadilah guru pemimpin yang suka kepada cabaran dan melihat kesukaran sebagai peluang, sentiasa ingin tahu dengan meneroka dunia baharu,[…]

Memperkasa Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)

“Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah (PPD) seharusnya lebih peka terhadap kehendak warga pendidik di bawah tanggungjawab masing-masing. “ “Dalam membicarakan PAK21, kita banyak mendengar penekanan diberikan kepada kalangan pendidik. Kita jarang-jarang mendengar peranan Pegawai Pendidikan Daerah dikupas dengan panjang lebar. “ “Kayu ukur kepada PAK21 adalah kemenjadian murid. Murid-murid merupakan klien utama kita. Selain murid-murid, ibu bapa turut[…]

Pertukaran guru Jun 2017 dan Penempatan Guru Baharu.

Pertukaran guru Jun 2017, One Stop Center dan Penempatan Guru Baharu. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa proses kelulusan pertukaran seseorang guru adalah berdasarkan kepada Kepentingan Perkhidmatan, Kekosongan Perjawatan serta Keperluan Opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dipohon. Selain itu, beberapa kriteria lain juga turut diberi pertimbangan dalam menentukan kelulusan permohonan pertukaran tersebut[…]

GAGM1M: Kebersamaan pemikiran, keakraban sosial guru.

” Dalam usaha mentransformasi pendidikan negara, pemain utama yang berada di barisan paling hadapan adalah guru-guru kita. Untuk itu usaha untuk menggemblengkan permuafakatan serta pemikiran mereka perlu diberi keutamaan kerana merekalah arkitek sebenar di bilik darjah dan sekolah. “ Program Guru Muda 1 Malaysia ini bertujuan merapatkan perpaduan barisan para guru seluruh negara di bawah Program[…]

Jelajah Pendidikan-Platform terbaik masyarakat berinteraksi dengan KPM

“Saya menghargai setiap luahan, pandangan dan komen yang diterima, dan kami akan sentiasa menambah baik inisiatif yang sedang dijalankan berdasarkan maklum balas yang diterima.” PERASMIAN PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN 2017 KPM 2017-25 Februari 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan tradisi untuk menyebarluas maklumat dan berkongsi usaha-usaha memartabatkan pendidikan negara.  Outreach yang lebih luas dan kerap dilaksanakan pada[…]

Pemimpin pendidikan ialah arkitek pembina generasi masa hadapan.

Majis Dialog Profesional bersama peserta NPQEL Ambilan 1/2017 Tarikh / Tempat : 23 Februari 2017 / Auditorium Perdana, Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama hadir dalam Majlis Bicara Santai YB. Menteri Pendidikan Bersama Peserta NPQEL Ambilan 1/2017 ini. Terima kasih kepada pihak[…]

MENERAJUI PERUBAHAN: Setahun di Kementerian Pendidikan Malaysia

Tanggal 28 Julai 2015 merupakan tarikh yang bersejarah bagi diri saya kerana pada hari tersebut saya diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menerajui satu kementerian yang mempunyai impak paling besar dalam pembangunan modal insan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walaupun bertugas di peringkat pusat bukan sesuatu yang asing[…]

Bukalah minda dan hati, jadilah pendengar yang baik.

Jiwa pendidik yang telah sebati dalam diri menyebabkan saya lebih gemar mendekati dan berinteraksi secara bersemuka dengan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, latar belakang dan budaya dalam siri lawatan ke lapangan. Sepanjang bulan Jun sempena Ramadan yang mulia, saya telah mengadakan lawatan ke banyak buah sekolah dan berbual dengan begitu ramai pemimpin sekolah, guru[…]