Menerajui Perubahan: Imbasan 2016,Melangkah Ke 2017

2016 merupakan tahun yang sangat mengujakan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia. Semasa perutusan sulung saya untuk tahun 2016, selain daripada berkongsi kejayaan Kementerian, saya juga telah menegaskan bahawa komunikasi dua hala menjadi teras kepada perkhidmatan saya di Kementerian ini. Saya amat bersyukur kerana pelbagai saluran telah dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat kepada warga pendidikan serta untuk saya[…]

Menerajui Perubahan: Kita tidak boleh tidak berubah demi sekolah!

Setelah lebih setahun menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), salah satu acara utama yang saya hadiri adalah Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2015 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Kajian Pertengahan Tahun PPPM.  Pelancaran Laporan Tahunan 2015 merupakan salah satu acara tahunan sebagaimana yang telah dijanjikan melalui Anjakan 11 PPPM bagi meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam[…]

MENERAJUI PERUBAHAN: Setahun di Kementerian Pendidikan Malaysia

Tanggal 28 Julai 2015 merupakan tarikh yang bersejarah bagi diri saya kerana pada hari tersebut saya diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menerajui satu kementerian yang mempunyai impak paling besar dalam pembangunan modal insan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walaupun bertugas di peringkat pusat bukan sesuatu yang asing[…]

Bukalah minda dan hati, jadilah pendengar yang baik.

Jiwa pendidik yang telah sebati dalam diri menyebabkan saya lebih gemar mendekati dan berinteraksi secara bersemuka dengan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, latar belakang dan budaya dalam siri lawatan ke lapangan. Sepanjang bulan Jun sempena Ramadan yang mulia, saya telah mengadakan lawatan ke banyak buah sekolah dan berbual dengan begitu ramai pemimpin sekolah, guru[…]

Cabaran pemimpin sekolah.

Tahun 1989 merupakan tahun yang begitu bersejarah dalam hidup saya sebagai pendidik apabila saya diamanahkan untuk menjadi Pengetua di SMK Gadong, Beaufort, Sabah (1989-1993), selepas 9 tahun berkhidmat sebagai pendidik. Secara jujurnya, saya merasa gusar untuk memikul tanggung jawab sebesar itu kerana saya tidak melalui satu latihan secara formal untuk menjadi Pengetua. Foto : Sayang[…]

Pengurusan perubahan.

Dua minggu lepas saya telah menukilkan catatan peribadi mengenai peranan guru yang telah berubah berikutan kepesatan teknologi dunia dan impaknya kepada pembangunan murid selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya merasa teruja kerana perkongsian itu telah mendapat sambutan daripada pembaca dan tidak kurang juga yang telah memberikan pendapat bernas serta cadangan penambahbaikan pelaksanaan. Terima kasih di atas[…]

Suatu pandangan holistik.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh… Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Saya mengambil inisiatif untuk menulis pandangan peribadi saya tentang pelbagai perkara yang saya fikirkan bersesuaian di halaman web peribadi ini. Tujuannya adalah untuk berkongsi pandangan serta pendapat dengan masyarakat umum terutama yang menyentuh bidang pendidikan di negara kita Malaysia. Disebabkan kekangan masa, penulisan saya mungkin tidak sekerap[…]

Bagaimana Kepimpinan PPD / Sekolah dapat bantu kekang fahaman ekstremis.

20 Januari 2016: Fahaman pelampau atau ekstremis yang boleh merosakkan perpaduan dan mengancam keselamatan negara juga mesti dibuat pemantauan rapi oleh kepimpinan di peringkat sekolah dan PPD dengan mengambil pendekatan sentiasa berwaspada dengan situasi di tempat masing-masing. Setakat ini belum ada kes-kes di peringkat sekolah yang dilaporkan terbabit dengan fahaman sebegitu. Namun demikian, inisiatif seperti[…]

Perkongsian maklumat dan perbincangan dengan Nick Gibb, Minister Of State for Schools, UK.

          19 Januari 2016: Pertemuan dengan Nick Gibb Minister Of State for Schools, Department for Education tadi lebih kepada pertukaran maklumat bidang pendidikan di UK dan Malaysia. Sistem pendidikan yang diamalkan oleh kedua-dua negara hampir sama. Topik perbincangan yang pertama berkaitan dengan sumber guru pelatih. Di UK, pengambilan & pemilihan guru[…]