Cetusan Pendidik-Dua Hala 1 Matlamat

2hala
Selaras dengan polisi ketulusan dan keterbukaan yang saya ingin amalkan di antara pihak pembuat dasar dengan guru serta ibu bapa, saya wujudkan satu forum ringkas di alam maya. Forum ini bertujuan untuk membincangkan secara terbuka, telus dan ikhlas topik-topik berkaitan pendidikan, persekolahan, dasar, polisi serta perkembangan terkini isu bersangkutan pendidikan, dari semua pihak yakni guru-guru, ibu-bapa pelajar dan kumpulan pelaksana yang lain.

Saya tidak mengenakan sebarang syarat penyertaan yang ketat. Memadai para ahli forum menyertakan nama (selain nama panggilan), kawasan tempat tinggal, sekolah atau institusi dan alamat e-mail untuk tujuan perhubungan. Dari masa ke semasa, forum ini akan dipertingkatkan agar lebih mesra pengguna.

Yakin bahawa kematangan ahli-ahli yang berdaftar, mampu untuk memberikan IMG-20151027-WA0037pandangan mahupun kritikan dengan mengetepikan unsur politik kepartian, menjaga sensitiviti kaum dan agama, menjaga maruah semua pihak serta pandangan yang membina.

Justeru, saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak dari aliran persekolahan sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Aliran Cina, Sekolah Aliran Tamil, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama. Ahli forum boleh menggunakan 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa India mengikut kesesuaian topik dan sasaran ahli forum. Namun, saya menyeru agar kita utamakan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Pegawai saya akan memantau serta melaporkan terus kepada saya setiap isu yang ingin dilontarkan oleh para ahli forum untuk diluluskan oleh saya sendiri sebagai perbincangan bersama. Moderator juga akan dilantik dikalangan para guru dan golongan akademik yang berminat secara sukarela. Saya akan meluangkan masa untuk membaca setiap pandangan serta memberikan pendapat mengikut justifikasi peribadi saya sahaja.

Hasil perbincangan melalui forum maya ini akan dirumuskan oleh saya sendiri sebagai pandangan-pandangan yang penting. Para peserta forum tidak perlu bimbang untuk dikenakan tindakan selagi tidak melanggar apa-apa peruntukan undang-undang kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Sila klik dan “bookmarks” pautan forum tersebut di http://forum.tokdet.my

8 thoughts on “Cetusan Pendidik-Dua Hala 1 Matlamat

  • Salam sejahtera Dato’ Seri. Saya salah seorang guru pelatih yang baru sahaja menghabiskan pelajaran di IPG dan menunggu penempatan. Kami hanya tidak tahu sampai bila situasi ini akan berterusan. GURU PELATIH SJKT DENGAN SK TENGAH TUNGGU PENEMPATAN TANPA MENGETAHUI HALA TUJU KAMI. Harap pihak Dato memahami situasi kami yang tengah menganggur ini.Sampai bila situasi ini akan berterusan 😐😐😐 Minta maaf dan terima kasih Dato Seri.

  • Assalam Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Tahniah dan syabas kerana mewujudkan forum sebegini.

    Walaupun ringkas tetapi boleh mewujudkan komunikasi dua hala antara semua pihak berkaitan pendidikan di Malaysia. Semoga akan mencapai matlamatnya.

    Yang Rizal Ahmad
    SMK Datuk Awang Jabar
    Marang, Terengganu.

  • As salam YB DSDR,
    Saya adalah Nazir Kanan Institusi Pendidikan, KPM (JNJK Negeri Perak),
    Untuk makluman DSDR, saya menulis ini sebagai seorang warga Negeri Perlis yang ingin melihat Negeri Perlis keluar dari kemelut prestasi yang rendah dalam aspek pendidikan. Dengan berlakunya kemelut terutama di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, satu perubahan yang drastik perlu dilakukan segera. Saya disini ingin mencadangkan supaya JPNPs diterajui oleh individu yang betul-betul dapat melihat secara menyeluruh segala penambahbaikan yang perlu dilakukan. Individu yang akan menerajui JPNPs nanti semestinya seorang yang boleh menguasai perubahan-perubahan positif yang dapat meningkatkan prestasi. Sepanjang saya berkhidmat di JNJK Sarawak, JNJK Perlis dan JNJK Perak, saya dapat melihat potensi yang ada pada Ketua Nazir Negeri Perak sekarang yang berupaya untuk menerajui Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
    YB DSDR,
    Di sini saya ingin mencadangkan En Mohd Hidzir Bin Abdul Rashid, Ketua Nazir Negeri Perak untuk menerajui JPNPs. Pengalaman dan kelayakan beliau sebagai guru, pensyarah IPG, Ketua Nazir Negeri Kelantan dan Ketua Nazir Negeri Perak akan berupaya mengubah landskap pendidikan di Negeri Perlis. Saya juga merasakan YB DSDR mengenali En Mohd Hidzir yang sama-sam belajar bersama YB DSDR.

    Nasir Johan
    013-4931687

  • Assalam YB Dato’ Seri

    Saya merupakan ibu yang sangat berharap agar anak saya di dalam darjah 1 dapat mengikuti program DLP.Malang sekali anak saya tidak terpilih hanya kerana ujian saringan tidak mencapai tahap. Untuk makluman YB Dato’ Seri, anak saya lebih cenderung untuk lebih selesa dan memahami bahasa Inggeris samada bertutur, membaca dan mengira. Sebagai ibu bapa, saya telah membelanjakan persekolahan anak semasa di tadika (tadika swasta) hanya untuk menginginkan anak saya dapat menguasai bahasa Inggeris.
    Persoalan nya mengapa tidak diberikan keutamaan dan pihak sekolah menawarkan kepada yang berminat dan setelah itu baru tapisan di buat.

    Terima kasih

  • Semuga mimbar cetusan ni akan memantapkan lagi sistem pendidikan negara sebagaimana falsafah pendidikan kebangsaan.
    Pada fikiran saya pendidik yang berkhidmat dengan jiwa yang tenang menjadi pemangkin kecemarlangan pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang mantap.

  • Salam sejahtera YB Dato Seri,
    Isu saya mungkin bagi sesetengah pihak sesuatu yg remeh dan tidak penting lebih2 lagi isu berkaitan pertukaran antara negeri bagi guru yg telah berkhidmat selama lebih 20 tahun di negeri yg sama dan selama ini tidak pernah memohon sebarang pertukaran. Tahniah kpd JPN Pahang krn telah menguruskan semua borang saya dgn cemerlang dan secara jujur selama lebih 20 tahun berkhidmat di Pahang JPNP antara jabatan yg telah mberi perkhidmatan cemerlang kpd smua pelanggan spt sy. Mmg sayang nk tinggalkan Pahang. Krna suami telah mendapat tukar pd bulan Ogos 2016 dgan berat hati sya turut mengisi borang tukar dr unit naik pangkat pd bulan Julai 2016 dan sehingga kini masih belum mdpt sebarang mklumbalas dr KPM. Yg menjadi tanda tanya bagi sya sekarang ialah sikap pegawai di JPN(rahsia) yg dihubungi seolah-olah memperlekehkan permohonan sy dengan nada sinis, “Ada ramai lagi guru lain yg memohon pertukaran masuk. Bukan cg seorg yg mohon tukar”. Kalau ada kekosongan pun tempat yg dinyatakan jauh dari tempat asal atau kg halaman yg dipohon. Persoalan sy.. Adakah perlu bg pegawai yg berkenaan bersikap mengugut seolah2 penempatan semula mna2 guru yg mohon tukar menjadi hak mutlak mereka utk meletak ikut suka atau adakah kami yg telah berkhidmat di negeri lain tidak dialu-alukan untuk berkhidmat di negeri sendiri. Secara peribadi, sya mencadangkan pegawai yg mengendalikan komunikasi awam di JPN berkenaan dberi kursus pemantapan utk komunikasi berkesan dan efektif sejajar dgn misi dan visi JPN ke arah ISO.
    Isu yg kedua. Berapa lamakah proses menguruskan permohonan kami dgn jawatan hakiki krna sy dmaklumkn borang kami diproses secara manual d peringkat Bhgn Sumber Manusia pd Nov 2016. Tidak adakah mekanisma yg membolehkan kami mengetahui keputusan permohonan kami dlm waktu terdekat seperti EGTukar bg guru2 akademik biasa. Mkluman awal sekurang2nya membantu proses pengurusan tugas dan hal2 lain spt pertukaran sekolah anak2, mkluman kpd penyewa tarikh kluar rumah, pemotongan air, elektrik dsb.
    Semoga mdpt respond dr Dato. Terimakasih krna sudi mbaca.
    Sekadar 20sen thought dari seorg guru kecil yg berjiwa besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *